fbpx

Dua lelaki Bangladesh ditahan terbabit sindiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki warga Bangladesh yang disyaki terlibat dalam sindiket.

PUTRAJAYA – Dua lelaki warga Bangladesh diberkas Jabatan Imigresen (JIM) Selasa lalu selepas didapati terbabit dalam satu sindiket menguruskan Program Rekalibrasi Pulang.

Suspek masing-masing berusia 38 dan 53 tahun itu ditahan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM Putrajaya dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa premis kedai yang terletak di Lebuh Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaime Daud berkata, salah seorang suspek yang ditahan adalah individu yang dikehendaki Jabatan Imigresen Negeri Kedah rentetan tangkapan ejen Program Rekalibrasi di negeri berkenaan pada Mac lalu.

Beliau berkata, serbuan turut menemui empat naskah pasport, empat Dokumen Perjalanan Bangladesh yang disyaki untuk digunakan dalam Program Rekalibrasi dan puluhan slip temujanji online (STO) di Pejabat Imigresen Malaysia di pelbagai negeri.

Sebahagian dokumen perjalanan termasuk pasport yang dirampas JIM, Selasa lalu.

“Kami turut merampas borang permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tujuan rentas negeri, dokumen kedutaan Bangladesh dan lapan kad bank.

“Kesemua barang yang ditemui dipercayai berkait dengan aktiviti yang dijalankan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI