fbpx

Simpan hasrat miliki empayar fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NINA AMIN

Gadis berasal dari Kuala Lumpur, Nik Nurul Amanina Nik Mohd. Amin, 24, tidak pernah menjangkakan dirinya akan menjadi peragawati profesional. 

Dia yang lebih dikenali sebagai Nina Amin mengakui cita-citanya semasa kecil adalah menjadi seorang ahli psikologi pendidikan. 

Episod ceritanya dalam dunia peragaan bermula apabila dia ditawar menjadi model oleh sebuah majalah tempatan sekitar tahun 2012.

 Kini, anak keempat daripada lima beradik itu merupakan seorang pragawati sepenuh masa, malah pernah terpilih menyertai progam Dewi Remaja tahun lalu. 

Meskipun tidak menjuarai pertandingan itu, bakat Nina tetap diiktiraf dan menerima Anugerah Dewi Inspirasi 2019.

 

Ikuti temu bual wartawan  Kos­mo! bersama Nina Amin baru-baru ini: 

Kosmo! Ahad: Sejak bila Nina Amin menceburi bidang peragaan? 

Nina: Saya mula menceburi bidang ini selepas kakak meng­ajak saya menjadi model untuk sebuah majalah tempatan. Masa itu saya baru berusia 16 tahun. Saya berasa seronok dan meneruskannya hingga sekarang. 

Kelebihan bekerja sebagai peragawati? 

Saya sebenarnya seorang yang pemalu, tetapi selepas menceburi bidang ini ia berjaya meningkatkan tahap keyakinan diri saya. Saya juga berpeluang bertemu ramai kenalan baru dan belajar cara untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran berbeza. Selain itu, saya dapat menimba ilmu dengan ramai individu yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. 

Adakah bekerja sebagai pragawati memenatkan? 

Kehidupan sebagai peragawati secara umum tidak banyak perbezaan dengan bidang lain. Bangun, makan, pergi kerja, balik kerja, makan dan tidur, namun diselitkan pelan diet dan senaman. Saya memang meminati bidang ini, maka ia lebih menyeronokkan daripada memenatkan. Sudut penat mungkin apabila penggambaran memakan masa sehingga malam atau di tempat panas, namun berbaloi apabila hasil kerja bagus dan memuaskan.

 

NINA AMIN

 

Apakah cabaran dihadapi Nina Amin dalam profesion peragawati? 

Semasa saya masih belajar agak sukar untuk mengimbangi antara masa bekerja dan belajar. Persaingan yang tinggi dalam industri juga merupakan satu cabaran buat saya. Peragawati kadangkala perlu berdepan kritikan dan diperbandingkan de­ngan pragawati lain. 

Adakah bidang peragaan menjanjikan pendapatan lumayan? 

Ya dan tidak. Pendapatan dalam bidang ini bergantung kepada tawaran kerja diperoleh. Pendapatan turut bergantung kepada tawaran oleh ‘client’ atau agensi, maka setiap bulan lain jumlah pendapatan diperolehi. 

Perancangan dan impian masa depan?

Buat masa ini saya cuma fokus pada karier sebagai peragawati, namun saya juga berhasrat untuk menceburi bidang pengacaraan atau lakonan dan mungkin juga suatu hari nanti saya bina perniagaan fesyen sendiri.

Nasihat kepada remaja yang ingin menceburi bidang peragaan?

Perlu ada keinginan serta minat. Perlu faham dunia peragaan bukan semata-mata tentang glamor atau fesyen. Boleh bermula dengan memuat naik gambar atau rakaman video peragaan sendiri di media sosial. Tampilkan personaliti dan ja­ngan cuba jadi orang lain. Setiap individu ada keunikan tersendiri, bina portfolio dan rajin pergi ‘casting’ terbuka. Buat kajian jika mahu sertai mana-mana agensi. Jangan benarkan orang lain ambil kesempatan. Fizikal dan mental perlu kuat dan sentiasa jaga kesihatan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI