fbpx

BCL disindir berkemban dengan mak nyah semasa kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BCL memuat naik gambar sedang kuarantin berdua bersama temannya. -Instagram

JAKARTA – Penyanyi Indonesia, Jerinx menerusi komen di laman Instagram menyindir pelakon dan penyanyi popular, Bunga Citra Lestari (BCL) yang disahkan positif Covid-19 sekembalinya dari percutian di Bali, namun menjalani kuarantin secara berdua, lapor laman Suara.com semalam

Sindiran itu dibuat selepas BCL memuat naik foto dirinya bersama pensohor media sosial mak nyah, Dena Rachman. Malah, gambar itu juga memaparkan  BCL dalam keadaan berkemban.

Jerinx meminta netizen melihat semula foto yang dimuat naik penyanyi jelita itu di akaun Instagramnya.

“Cuba anda lihat foto BCL di Instagram sejak dia ke Bali. Selepas pulang dari bercuti di Bali, dia mengumumkan sah dijangkiti Covid-19.

“Semua pengikutnya pasti membuat andaian bahawa dia terkena Covid-19 di Bali dan bukannya di bulan atau Kutub Utara.

“BCL kemudian dengan bangga memuat naik foto sedang kuarantin (namun dia berdua, adakah dia tahu erti kuarantin)?” tulis Jerinx.

Hantaran yang dimuat naik Jerinx. -Instagram

Jerinx yang menuduh BCL menjadi punca jumlah kes Covid-19 kembali meningkat di Bali, turut menyuarakan kemarahannya kepada wanita itu kerana telah menyebabkan rancangan pemerintah untuk membuka semula pulau pelancongan popular itu pada Julai ini terpaksa ditangguh lagi.

“Bali sudah beberapa kali terkena prank selepas dijanjikan akan dibuka, namun ia terpaksa ditunda lagi kerana peningkatan jumlah kes,” kata Jerinx.

Hantaran Jerinx bagaimanapun dipadam oleh, Instagram namun dia tidak mengalah dan memuat naiknya semula.

“Saya pergi ke Bali pada 29 Mei hingga 2 Jun yang lalu. Saya sudah di Jakarta dan selepas melakukan ujian saringan pada 12 Jun lepas, saya didapati negatif,” tulis BCL di Instagram.

Jerinx bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataan BCL dan menegaskan bahawa BCL menyembunyikan hakikat bahawa dia dijangkiti Covid-19 ketika di Bali. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI