fbpx

Norizam bertemu Kafa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamsaham mengesahkan akan mengadakan satu pertemuan dengan barisan kepimpinan Kafa esok.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Usahawan sebuah jenama burger tempatan, Norizam Tukiman, 39, atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengesahkan akan mengadakan satu pertemuan dengan barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) esok.

Norizam berkata, pertemuan itu dijangka akan lebih tertumpu kepada perkara berkaitan berhubung hasratnya untuk mengambil alih pasukan The Red Warriors (TRW).

“Itu sahaja yang saya boleh kongsikan setakat ini. Apa-apapun tunggu perkembangan terkini dari saya untuk tahu cerita selanjutnya.

“Saya kekal serius untuk ambil alih pasukan TRW,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Kosmo! kelmarin melaporkan, pelabur terkenal dari selatan tanah air itu menyatakan hasrat untuk menyelamatkan masa depan pasukan bola sepak Kelantan dengan berniat mahu mengambil alih pengurusan pasukan tersebut.

Norizam yang merupakan pemilik syarikat zamburger.my bagaimanapun meletakkan lima syarat kepada pihak pengurusan Kafa untuk dipenuhi sebelum melakukan rundingan lanjut berhubung hasratnya itu.

Lima syarat itu adalah pengurusan semasa akaun iaitu audit, perancangan semasa pasukan, sturuktur organisasi, pendapatan (aliran tunai) dan analisis penuh pasukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI