fbpx

UiTM siasat dakwaan pensyarah buat gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM- Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman meneliti dan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan gangguan seksual dilakukan seorang tenaga pengajarnya kepada beberapa pelajar.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Nora Noordin berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu yang tersebar dalam media sosial baru-baru ini.

“UiTM sama sekali tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana staf yang mengambil kesempatan atau menyalahguna kuasa mereka sebagai staf.

“Ini kerana UiTM amat mengutamakan keselamatan, kebajikan, dan kualiti seluruh warganya, khususnya dalam mengamalkan budaya integriti dan profesional yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan UiTM telah pun membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memudahkan lagi proses penyiasatan.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan beberapa pelajar dari sebuah kampus mendakwa seorang pensyarahnya melakukan gangguan seksual. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI