fbpx

Sebutan semula kes Neelofa, suami ditangguh 15 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Neelofa bersama suaminya, Muhammad Haris ketika tiba di pekarangan IPD Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Sebutan semula kes pendakwaan melibatkan selebriti popular Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai ditangguhkan pada 15 Julai depan.

Peguam, M. Haresh yang mewakili pasangan tersebut iaitu Noor Neelofa dan Muhammad Haris Mohd. Ismail berkata, kes itu sepatutnya disebut semula pada 23 Jun ini tetapi ditangguhkan sekali lagi oleh pihak mahkamah disebabkan tempoh lanjutan PKP 3.0

“Ya, mahkamah telah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini (sebutan semula kes Neelofa dan suami) pada 15 Julai depan selepas kerajaan melanjutkan tempoh PKP 3.0,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI