fbpx

Poster aibkan MB Perak, polis siasat Fahmi Reza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash.

IPOH – Polis telah membuka siasatan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza berhubung kontroversi poster ‘ayam dan sardin’ melibatkan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan itu dijalankan susulan laporan polis dibuat Pemuda UMNO Perak kerana didakwa berunsur fitnah dan sengaja menimbul kebencian terhadap Saarani.

“Fahmi dan individu lain yang terbabit dalam kes ini akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd. Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar semalam ke atas Fahmi berhubung poster memaparkan Saarani dengan catatan ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’.

Saarani sebelum ini turut dikecam berikutan kenyataannya iaitu ‘lebih baik ada daripada tiada’ berhubung isu sama di mana telefon pintar percuma itu didakwa tidak memenuhi piawaian Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI