fbpx

Melaka umum Pakej Sejahtera Bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Sejahtera Bersama melibatkan peruntukan RM174.53 juta bagi menjaga kebajikan rakyat semasa pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, bantuan tersebut melibatkan 60 inisiatif dan bersifat inklusif serta komprehensif yang memberi tumpuan merangkumi keseluruhan masyarakat termasuk pihak industri tempatan.

Jelas beliau, pakej menyeluruh itu berteraskan keseimbangan hubungan antara ekonomi berteraskan rakyat dan pengurusan ekonomi berasaskan modal.

“Sebanyak 33 inisiatif disediakan untuk sektor membabitkan rakyat dengan implikasi kewangan sebanyak RM155.85 juta manakala bakinya diperuntukkan kepada ekonomi berasaskan modal yang melibatkan 27 inisiatif.

“Bantuan kepada rakyat melibatkan inisiatif tunai dan bukan tunai seperti Ma’niah Al A’Mal, Kit Makanan Nutrisi Sejahtera, Kit Makanan Musa’adah dan bantuan alat pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR),” katanya pada sidang akhbar Pakej Sejahtera Bersama di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI