fbpx

Penjaja kecil rayu pengecualian bayaran sewa PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Golongan peniaga kecil di Perak merayu agar diberikan pengecualian bayaran sewa selama enam bulan bagi meringankan beban kewangan sedia ada. – Gambar hiasan

LUMUT – Golongan penjaja dan peniaga kecil semakin terhimpit dengan masalah kewangan berikutan jualan berkurangan tetapi kos perniagaan tidak berubah atau terus meningkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekarang.

Keadaan lebih sukar bagi penjaja dan peniaga kecil yang bergantung kepada sektor pelancongan terutama di Pulau Pangkor berikutan pulau itu tidak menerima sebarang kehadiran pengunjung.

Justeru, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak merayu kepada kerajaan negeri agar dapat mengecualikan bayaran sewa premis kerajaan terutama dimiliki pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga akhir tahun ini.

Setiausaha Kehormatnya, Mohd. Zamzuri Suid berkata, pihaknya bersyukur dengan keprihatinan kerajaan negeri yang mengecualikan bayaran sewa premis PBT selama sebulan seperti diumumkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Perak 2021 baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, rakyat dan negara ini dijangka masih terus bergelut dengan pandemik Covid-19 sehingga hujung tahun ini.

“Justeru, kami merayu pengecualian sewa premis dapat dilanjutkan enam bulan lagi iaitu bermula Julai sehingga Disember ini,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI