fbpx

Vaksinasi Pantai Timur dijangka selesai sebelum musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY Jamaluddin (kiri) bersama Wan Rosdy Wan Ismail dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pasukan Petugas Covid-19 Pahang.

KUANTAN – Kerajaan sedang berusaha memastikan proses suntikan vaksin Covid-19 bagi penduduk di Pantai Timur yang melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan diselesaikan hujung Oktober ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sasaran itu ditetapkan bagi memastikan tidak timbul masalah sekiranya berlaku musim tengkujuh di negeri berkenaan.

“Kita cuba susun semula jadual pengagihan (bekalan vaksin), kita ambil kira negeri-negeri yang terkesan dengan musim tengkujuh, kita harap dapat selesaikan seperti dijadualkan.

“Kalau kita tidak berjaya, kita kena tengoklah apakah strategi untuk kita memberikan vaksin ketika musim tengkujuh,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pasukan Petugas Covid-19 Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.

Dalam pada itu, mengenai isu bekalan vaksin yang didakwa agak perlahan diagihkan kepada kerajaan negeri, beliau berkata perkara itu sudah dijelaskan sejak bulan Februari lalu yang mana penghantaran vaksin belum mencapai tahap maksimum.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI