fbpx

Basikal tak dapat, rugi dapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang penjawat awam berputih mata apabila dia mengalami kerugian sebanyak RM5,800 bagi membeli sebuah basikal berharga RM550 yang dilihatnya di laman sosial Instagram 15 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani berkata, semasa berada di rumah, mangsa iaitu lelaki berusia 36 tahun itu telah melayarai Instagram Kedai.Basikal.Kita.88 dan tertarik untuk membuat pembelian.

Menurutnya, mangsa telah berurusan dengan seorang lelaki dengan nama Visuanathan di talian 01123264122 untuk membeli sebuah basikal jenama TRS Ratel Thirty.

“Pada hari yang sama, mangsa telah membuat bayaran secara atas talian melalui akaun Maybank2U ke atas akaun BSN 020024100024868 dengan nama Visuanathan sebanyak RM550.

“Mangsa diberitahu penghantaran akan dibuat dalam masa dua hari menggunakan kurier pada keesokan harinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aibee berkata, pada 16 Jun, mangsa diminta untuk memberikan maklumat diri serta pembayaran penghantaran sebanyak RM1,250 ke sebuah lagi akaun bank sebelum melakukan tiga lagi transaksi untuk bungkusan, semakan pihak berkuasa dan proses penghantaran menggunakan lori.

“Setelah membuat semua transaksi berkenaan, mangsa mulai merasa curiga dan menyemak di internet serta mendapati bahawa dia telah pun menjadi mangsa penipuan kedai laman sosial berkenaan lalu membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI