fbpx

Mesir sedia bantu Malaysia salur bantuan ke Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin mengadakan perbincangan bersama Abdel Fattah secara sidang video semalam.

PUTRAJAYA – Kerajaan Mesir bersedia membantu Malaysia bagi penyaluran bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin melalui sempadan Rafah – Gaza.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perbincangan menerusi sidang video antara beliau dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi, semalam.

Muhyiddin berkata, ketika ini, sempadan Rafah adalah satu-satunya pintu masuk yang menghubungkan Mesir dan Gaza di Palestin.

“Alhamdulillah, Presiden (Abdel Fattah) menyatakan kesediaan Kerajaan Mesir membantu Malaysia bagi penyaluran bantuan kepada Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam perbincangan sama, Muhyiddin turut memuji peranan konstruktif Mesir yang bertindak sebagai broker dalam perjanjian gencatan senjata antara Palestin dan Israel yang berkuat kuasa pada 21 Mei lalu.

Selain itu, katanya, perbualan banyak menyentuh isu-isu kepentingan bersama, khususnya dalam memupuk kerjasama lebih meluas dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan, pelancongan dan pembangunan infrastruktur. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI