fbpx

Biji mata anak kambing dalam mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIHAR, INDIA – Seekor anak kambing mutan yang lahir dengan keadaan kedua-dua mata di dalam mulutnya dipuja sebagai dewa oleh penduduk kampung Muzaffarpur di sini, lapor Daily Mail kelmarin.

Anak kambing berwarna hitam putih itu diberi nama Kid dan pemiliknya terpaksa melarang orang ramai daripada mendekati haiwan ternakan itu selepas menunjukkan tanda stres.

“Sejak Kid lahir, orang ramai mula berkerumun di rumah saya dan mahu memujanya. Kami terpaksa menghalang kerana Kid masih stres.

“Penduduk kampung menganggapnya sebagai satu keajaiban Dewa dan mereka percaya ia harus dipuja,” katanya yang enggan nama disiarkan.

Di India, orang ramai menganggap haiwan yang lahir dengan keadaan cacat seperti Kid akan membawa tuah dan kekayaan kepada mereka yang memujanya.

Anak kambing itu menghidap keadaan dipanggil Cyclopia, berlaku apabila kedua-dua hemisfera gagal terpisah semasa berada dalam kandungan induk.

Ini menyebabkan pembentukan soket mata tunggal atau kecacatan pada bentuk wajah tanpa hidung, bulu mata atau kelompak mata.

Haiwan dengan kecacatan seperti ini tidak mempunyai jangka hayat lama.

Pada 2017, seekor anak kambing bermata satu lahir di negeri Assam turut dipuja dan dianggap haiwan suci. Haiwan itu mati selepas berusia satu minggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI