fbpx

Sentuh sensitiviti, Park Eun-seok mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK EUN-SEOK

AKTOR terkenal Park Eun-seok memohon maaf atas karakter yang dijayakan dalam naskhah fenomena, The Penthouse 3 sekali gus menyinggung hati penonton.

Memetik laporan Allkpop, produksi Penthouse 3 hebat dikritik kerana watak Alex Lee lakonan Park Eun-seok yang menggunakan dialog bahasa Inggeris dengan loghat vernakular Afrika-Amerika.

Penampilan dan gaya pertuturan Alex dianggap telah menyinggung perasaan dan merendah-rendahkan budaya masyarakat lain.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam TikTok, aktor berusia 37 tahun itu tampil meminta maaf.

Dakwanya, watak Alex tidak sengaja diciptakan untuk menyakiti, mengejek apatah lagi mengecilkan hati masyarakat Afrika-Amerika.

“Mengenai Alex, watak dalam drama The Penthouse, saya ingin memberitahu semua orang bahawa penampilan saya tidak bertujuan untuk menyakiti, mengejek, tidak menghormati atau merendahkan masyarakat Afrika-Amerika.

“Saya ingin meminta maaf kepada mereka yang tersinggung atas penampilan watak yang saya bawakan ini,” katanya.

Sehingga kini, SBS sebagai penyiar drama tersebut masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu tular berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI