fbpx

Perseteruan abadi England, Scotland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCGINN percaya jurang dengan England bukan terlalu besar bahkan skuad itu juga memiliki kekuatan hampir sama dengan mereka. – AFP

LONDON – Perseteruan bola sepak tertua di dunia bakal disaksikan pada Euro 2020 apabila England dan Scotland membuat perhitungan di Stadium Wembley awal pagi esok.

Atas kertas, England dianggap pasukan pilihan berdasarkan senarai pemain selain menang 1-0 ke atas Croatia pada aksi Kumpulan D, Euro 2020.

Namun, pemain Scotland, John McGinn percaya mereka mampu mengecewakan England meskipun ramai yang menganggap skuad kendalian Gareth Southgate lebih mengancam.

“Media England membuatkan anda percaya jurang kedua-dua pasukan terlalu besar sedangkan kami juga memiliki kekuatan hampir sama dengan mereka.

“Kami sedia buktikan kemampuan sebenar pada perlawanan tersebut. Scotland lebih selesa beraksi sebagai underdog (bukan pilihan),” kata pemain tengah Aston Villa itu.

Tambah McGinn, beberapa pemain Scotland yang beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Andy Robertson dan Scott McTominay menyebabkan mereka tahu sedikit sebanyak mengenai taktikal dan corak permainan England.

“Kami bermain sesama sendiri setiap minggu pada saingan Liga Perdana, jadi kami tahu apa yang mereka mampu lakukan. Jika semua pemain boleh berikan 100 peratus, saya yakin England akan berdepan tugas sukar,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI