fbpx

Piala AFF medan bentuk skuad Harimau Malaya terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN Piala Suzuki AFF pada November depan sebagai medan terbaik untuk memilih pemain bagi menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023. – NASIRRUDDIN YAZID/FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap skuad bola sepak kebangsaan menjadikan saingan Piala Suzuki AFF pada November depan sebagai medan terbaik untuk memilih pemain bagi menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi percaya barisan kejurulatihan akan memanfaatkan sepenuhnya kejohanan dua tahun sekali itu bagi membentuk skuad lebih mantap.

Memandangkan pusingan ke­tiga kelayakan Piala Asia dijangka berlangsung Februari tahun depan, oleh itu skPiala uad Harimau Malaya memiliki masa yang cukup banyak bagi melakukan persiapan.

Katanya, pasukan negara sudah menimba pengalaman cukup berharga ketika mengharungi baki aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sejak 4 Jun lalu.

“Saya ada dengar perkhabaran mengenai pusingan ketiga kelayakan Piala Asia yang akan berlangsung sama ada Januari atau Februari tahun depan. Oleh itu, kita masih ada masa memandang­kan perlawanan antarabangsa berlangsung September dan November depan.

“Selain itu, kita juga akan mengharungi saingan Piala AFF pada November dan saya yakin itu adalah peluang terbaik untuk kita memperkemaskan pasukan dari segi pemilihan pemain,” katanya.

YUSOFF

Beliau yang juga pengurus skuad Harimau Malaya percaya dua jendela aksi antarabangsa nanti akan digunakan sebaiknya oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi membuat penilaian ke atas setiap pemain.

“Banyak yang sudah kita belajar sepanjang berada di sini meskipun keputusan tidak memihak kepada kita. Bagi aksi akan datang, saya harap pasukan lebih bersedia dari segi mental.

“Selepas ini, jurulatih akan ada banyak peluang untuk cuba dan menilai pemain-pemain baharu bagi aksi September nanti serta saingan Piala AFF. Saya harap kita boleh bentuk skuad lebih mantap untuk aksi kelayakan Piala Asia nanti,” ujar Yusoff.

Sebagai rekod, Malaysia memastikan tempat ke pusingan ketiga Piala Asia 2023 selepas menamatkan saingan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di tempat ketiga dengan 12 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN