fbpx

Bale watak utama kemenangan Wales

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE (kiri) gagal menyempurnakan sepakan penalti tetapi berjaya mencipta dua umpanan yang menghasilkan dua gol ketika menewaskan Turki 2-0 awal pagi semalam. – AFP

BAKu – Pengurus pasukan Wales, Rob Page memuji pe­nyerang sensasinya, Gareth Bale selepas bangkit membantu pasukan itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Turki biarpun gagal menyempurnakan sepakan penalti awal pagi semalam.

Pada saingan tersebut, Bale menjadi tonggak penting apabila dua umpanannya berjaya menjelmakan jaringan buat Wales untuk mereka melakar kemenangan.

Wales meledak gol pembukaan menerusi hantaran cantik Bale kepada Aaron Ramsey pada minit ke-42.

Wales berpeluang untuk menggandakan kelebihan selepas dihadiahkan sepakan pe­nalti apabila Bale dijatuhkan pada minit ke-61, namun rembatan yang dilakukan Bale jauh tersasar melepasi palang gol.

Kekecewaan Bale terubat apabila umpanan cantik pemain Real Madrid tersebut pada masa kecederaan akhirnya memboleh­kan Wales meraih gol kedua apabila Conor Roberts bijak menyudahkan peluang tersebut.

“Sudah pasti Bale kecewa kerana gagal untuk melakukan dengan baik menerusi sepakan penalti tersebut. Tetapi, Bale meneruskan permainan terbaik dan sekali lagi memberi umpanan cantik untuk gol kedua Wales.

“Pujian harus diberikan kepada Bale kerana kesungguhannya dan mempamerkan aksi yang cukup sempurna pada hari ini. Secara keseluruhan, mereka mempamerkan permainan yang cukup menarik dan memastikan kemenangan menjadi milik kami hari ini,” katanya.

Kemenangan itu meletakkan Wales di tangga kedua Kumpulan A di belakang Itali dan kelihatan berpeluang cerah untuk ke pu­singan 16 pasukan terbaik.

Seterusnya, Wales akan bertemu Itali di Rom, manakala Turki pula akan ke Baku bagi perlawanan menentang Switzerland, Isnin depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI