fbpx

Enam warga Nigeria terlibat Love Scam direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam suspek warga Nigeria dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk mendapat perintah reman.

KOTA BHARU – Enam warga Nigeria termasuk seorang wanita ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan kes melibatkan Love Scam dan penipuan kiriman bungkusan atau Parcel Scam.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu, Nuriza Mustafa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rahim Daud berkata, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 43 tahun ditahan oleh pasukan polis Bukit Aman dalam serbuan di ibu negara dan Selangor pada 10 Jun lalu.

“Mereka dipercayai terlibat dengan kes penipuan Love Scam dan Parcel Scam membabitkan laporan di Kota Bharu.

“Kesemua suspek turut mempunyai kes-kes penipuan di seluruh negara yang melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM2.7 juta,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI