fbpx

KPT rancang wujudkan 41 PPV IPT seluruh negara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) giat membantu kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui pewujudan 41 pusat pemberian vaksin institusi pendidikan tinggi (PPV IPT) di seluruh negara.

KPT menerusi kenyataan akhbar berkata, empat lagi PPV IPT akan dibuka bermula 21 Jun depan iaitu di Universiti Sains Malaysia (USM), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM, UiTM Shah Alam dan Hospital UiTM Puncak Alam.

“Selain itu, sebanyak 19 lagi PPV IPT dalam perancangan untuk dibuka sebagai tambahan kepada 18 PPV IPT yang telah beroperasi di seluruh negara.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan PPV IPT sebanyak 41 buah dengan seramai 134,932 orang telah menerima vaksin di PPV IPT setakat 11 Jun lalu,” katanya di sini hari ini.

KPT berkata, peruntukan tambahan sebanyak RM80 juta menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) sebelum ini juga akan dapat memperkasakan peranan Hospital Pengajar Universiti (HPU) dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 sejak tahun 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI