fbpx

KPDNHEP keluarkan 31 kompaun bernilai RM261,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shanthara Kumar (kanan) bersama Pengarah KPDNHEP WPKL, Ariffin Samsudin (kiri) melakukan tinjauan bekalan keperluan asas di AEON Metro Prima, Kepong. foto : SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Sebanyak 31 tindakan kompaun bernilai RM261,000 dikenakan ke atas peniaga dan individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar ibu kota sepanjang bulan Jun.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shanthara Kumar berkata, notis kompaun tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) setelah melakukan pemantauan sepanjang bulan Jun ini.

Jelasnya, kesemua kompaun dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Jumlah kompaun yang terkumpul setakat ini bernilai RM261,000 dengan 67 kesalahan yang direkodkan, antaranya tidak mengimbas kod MySejahtera, tidak memakai pelitup muka, beroperasi melebihi waktu berniaga serta membuka premis tanpa kebenaran dan sebagainya.

“Saya ingin mengingatkan kepada orang ramai, untuk terus patuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan bekalan keperluan asas bersama KPDNHEP WPKL di AEON Metro Prima, Kepong, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, orang ramai boleh melaporkan terus kepada KPDNHEP jika ada premis yang ingkar SOP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI