fbpx

Vaksin pekerja industri dipertingkat Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin (berdiri kanan) dan Kon Yeow (berdiri kiri) ketima meninjau PPV PIKAS di Jawi, Nibont Tebal.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mempertingkatkan pemberian vaksin kepada pekerja sektor industri menerusi Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Covid-19 pada Julai.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia susulan jaminan yang diberikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin semalam untuk mempertingkatkan bekalan vaksin negara dalam jumlah berkali ganda pada bulan depan dan Ogos ini.

“Sudah tentu kita mahu sebahagian ini diperuntukkan kepada sektor ekonomi.

“Walau bagaimanapun, keutamaan adalah bagi melancarkan program Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kerana itu juga penting untuk mempercepatkan proses imunisasi membabitkan petugas barisan hadapan, kumpulan terdedah, orang kelainan upaya dan masyarakat umum.

“Namun, pada masa sama kita ingin melihat apabila mencapai imuniti kelompok, sektor-sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Covid-19 bagi petugas sektor ekonomi di Jawi, Nibong Tebal di sini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Sementara itu, beliau berkata, setakat ini MITI menerima permohonan daripada 1,200 buah syarikat bagi menyertai PIKAS membabitkan kira-kira 200,000 pekerja di seluruh negara.

Menurut Mohamed Azmin, pihaknya turut menyasarkan lebih dua juta pekerja dalam sektor pembuatan di negara ini dapat mencapai imuniti kelompok selewat-lewatnya September depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI