fbpx

Abdullah Badawi masih sihat bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah Badawi

PETALING JAYA – Berita mengenai pemergian bekas perdana menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tular di laman Facebook sejak tengah hari tadi merupakan berita palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut kenyataan dari Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi di laman Facebook berkata, pihak mereka menerima berita tular mengenai kesihatan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mereka menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut.

“Untuk makluman semua pihak, Tun Abdullah berada di dalam keadaan yang sihat di samping keluarga beliau. Pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.

“Pihak kami berharap agar masyarakat dapat memastikan sesuatu berita itu sahih terlebih dahulu sebelum menyebarkannya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.

Berita mengenai pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tular di laman Facebook adalah palsu.

Rata-rata pengguna laman Facebook amat terkejut dengan berita tersebut yang kini sudah pun tersebar luas.

Menurut seorang pengguna yang bernama Zaki Yaacob berkata, zaman ini adalah zaman fitnah yang amat dahsyat. Dia turut mendoakan kesejahteraan Tun Abdullah sentiasa.

“Sekarang ini adalah zaman fitnah. Saya mendoakan agar Pak Lah sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan,” katanya di ruangan komen.

Menurut pengguna lain dengan nama Sobri Saari berkata, pelaku yang menyebarkan berita palsu ini perlu dikenakan tindakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak menjaga sensitiviti ahli keluarga Tun Abdullah.

“Berani betul buat cerita palsu. Tolong jaga sensitiviti ahli keluarga Tun. Mohon PDRM ambil tindakan segera terhadap pelaku tersebut,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI