fbpx

Kes harian Covid-19 tunjuk trend penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menunjukkan perkembangan positif apabila kes baharu harian mencatatkan trend penurunan selepas dua minggu PKP 3.0 dilaksanakan.

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Twitternya berkata, bagaimanapun setakat ini kes-kes Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak menunjukkan penurunan yang ketara.

Selepas dua minggu PKP 3.0 dilaksanakan pula, pesakit kategori empat dan lima juga dilihat mencatatkan peningkatan.

KKM juga berkongsi info grafik yang menunjukkan faktor-faktor kes di ICU masih tidak mencatatkan penurunan ketara disebabkan kemunculan varian-varian baharu.

Ia menyebabkan ramai pesakit yang mengalami gejala serius iaitu pesakit kategori empat dan lima yang memerlukan bantuan oksigen khususnya warga emas dan berkomorbiditi.

Melalui perkongsian info grafik itu juga KKM menjelaskan, faktor lain adalah kerana tempoh pemulihan yang lama bagi pesakit-pesakit ICU untuk sembuh disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 yang serius.

Tempoh rawatan di ICU secara puratanya bagi kategori empat adalah antara 14 ke 16 hari manakala kategori lima pula antara 19 ke 26 hari.

Justeru itu, antara langkah yang dibuat oleh KKM ialah menambah kapasiti katil, menaik taraf kegunaan katil di wad biasa kepada katil rawatan pesakit kritikal Covid-19 dan bekerjasama dengan hospital pengajar Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengguna fasiliti.

KKM juga ada bekerjasama dengan Angkatan Tentera (ATM) dalam penubuhan Hospital Medan yang setakat ini sebanyak enam buah telah dibina di hospital-hospital KKM selain kerjasama dengan 112 buah hospital swasta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI