fbpx

Harga baharu minyak masak diumum minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Rosol Wahid (kiri) memeriksa bekalan minyak masak satu kilogram ketika melawat D'Mart Felda Bukit Goh di Kuantan.

KUANTAN – Pengumuman harga baharu bagi minyak masak dalam botol lima kilogram dan dua kilogram akan dibuat minggu depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, penetapan harga baharu itu dibuat hasil pertemuan membabitkan tiga kementerian yang berlangsung semalam di Putrajaya.

“Mengenai harga minyak masak ini akan ada satu pengumuman atau berita baik kepada orang ramai dalam masa terdekat, dalam masa seminggu lagi ia akan diumumkan oleh Menteri, sama ada oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz atau Menteri (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi).

“Kita harap pengumuman ini dapat melegakan rakyat yang sedang menunggu keputusan berkaitan isu (harga minyak masak) yang timbul sejak beberapa minggu lalu,”katanya selepas melawat kedai D’Mart Felda Bukit Goh, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Rosol dilaporkan berkata perbincangan membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Kewangan akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu berkenaan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kekurangan bekalan barangan seperti gula dan sayuran, beliau berkata, tidak timbul masalah kekurangan bekalan itu kerana isu tersebut timbul dipercayai berpunca daripada masalah logistik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI