fbpx

2,000 juta liter air bawah tanah sekiranya berlaku kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai LUAS sedang melihat telaga tiub untuk abstraksi air bumi yang dikawal oleh LUAS.

SHAH ALAM – Selangor mempunyai 2,000 juta liter air bawah tanah untuk kegunaan pengguna di Lembah Klang sekiranya berdepan kemarau.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Nor Zamri Sondor berkata, setakat kini pembangunan penggunaan air bawah tanah tidak melebihi lima peratus dengan kerajaan negeri menjadikan sumber air tanah sebagai jaminan akan datang.

“Kita pernah cadangkan penggunaan sumber air bawah tanah sekitar 30 peratus dan ada pihak industri yang menggunakan namun perlu mendapat kelulusan daripada LUAS.

“Namun, hanya Kelantan setakat ini banyak menggunakan sumber air berbanding negeri-negeri lain termasuk Selangor yang bawah lima peratus sahaja penggunaanya,” katanya dalam webminar mengenai gabungan pemeliharaan dan pemuliharaan ke arah kemapanan sungai, di sini hari ini.

Webminar itu dihoskan Kelab Pemulihan Sungai Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang turut menampilkan panel iaitu Timbalan Setiausaha Kehormat Sahabat Sungai Malaysia (Friends of River Malaysia), Mansor Ghani.

Nor Zamri menambah, pihaknya menggalakkan pihak luar atau operator dalam membangunkan terus penggunaan sumber air bawah tanah itu.

Beliau berkata, lembangan sungai di Selangor menerima jumlah purata hujan tahunan sebanyak 2,190 millimeter (mm).

“Kita mempunyai bekalan air melebihi 19,000 liter sehari dan hanya 35 peratus digunakan bagi pengguna Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Sumber air di Lembah Klang masih banyak namun isu-isu berkaitan pencemaran yang mengganggu sistem bekalan air negeri ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan Skuad Pantas LUAS beroperasi selama 24 jam dengan kerjasama seperti Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.

“Selain itu, berdasarkan Enakmen LUAS terdapat beberapa aktiviti terjadual dikawal dari segi pelepasan efluen iaitu akuakultur air tawar dan udang, penternakan babi, perlombongan, kerja-kerja tanah dan penternakan haiwan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI