fbpx

Kelantan bakal dapat vaksin CanSino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (kiri) bertemu dengan penerima vaksin Covid-19 di PPV Kompleks Kota Darulnaim. Foto : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kelantan bakal menerima sebahagian bekalan vaksin pelalian satu dos keluaran CanSino menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tidak lama lagi.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan bakal menerima vaksin itu pada bulan Julai ini dengan sebahagian daripada bekalan akan dihantar ke negeri Kelantan.

“Kelebihan vaksin ini adalah satu dos sahaja dan ia tidak memerlukan dua dos seperti vaksin lain.

“Kita menjangkakan sebahagian vaksin itu akan dihantar ke Kelantan di kawasan pedalaman terutamanya pos-pos Orang Asli di Gua Musang dan Kuala Krai kerana tidak perlu masuk sebanyak dua kali ke kawasan tersebut untuk melaksanakan PICK,” katanya pada sidang akhbar di bilik gerakan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menghadiri mesyuarat Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Kebangsaan dan Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Terdahulu, Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-359 kelmarin bersetuju memberi kelulusan pendaftaran bersyarat bagi dua jenis vaksin pelalian satu dos Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector), keluaran CanSino Biologics Inc, China dan Janssen Covid-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnson.

Mengulas lanjut, menurut Khairy, kerajaan kini sedang berunding jadual penghantaran vaksin CanSino dan beliau akan membuat pengumuman mengenai perkara itu kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI