fbpx

Penolong Juruukur didakwa terima rasuah RM5,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Kamarul Ariffin (tengah) diiringi pegawai SPRM ketika tiba di Mahkamah Sesyen.

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Juruukur Majlis Perbandaran Selayang (MPS) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah RM5,600 berhubung pembocoran maklumat sebut harga anggaran tender jabatan empat tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Tengku Kamarul Ariffin Raja Jalil, 42, mengaku tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh didakwa sebagai Penolong Juruukur Bahan yang bertugas di MPS telah secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5,600 ke dalam akaun simpanannya daripada seorang lelaki.

Wang rasuah itu sebagai upah tertuduh membocorkan maklumat sebut harga anggaran jabatan kepada lelaki tersebut.

Difahamkan, sebut harga yang dibocorkan itu adalah berkaitan dengan tender.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Kuala Lumpur di Menara Maybank, Jalan Tun Perak di sini masing-masing pada 22 April dan 16 Ogos 2017.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan  boleh dihukum dibawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, tertuduh juga turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pilihan sama yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI