fbpx

‘Sekali seumur hidup saja ada pembantu rumah, tu pun dah balik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hairul Azreen dan keluarga

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah, Hairul Azreen, 33, mendedahkan dia dan keluarga kecilnya tidak mempunyai pembantu rumah.

Hairul atau nama lengkapnya, Hairul Azreen Idris memaklumkan, dia dan isteri, Hanis Zalikha, 31, sebulat suara untuk membahagikan kerja di rumah mereka.

“Saya kena kemas rumah sebab kami tiada pembantu rumah. Sekali sahaja seumur hidup saya ada pembantu rumah. Itupun dah balik for good (buat selamanya).

“Walaupun beras saya beli tapi cuci pinggan, vakum dan sapu satu rumah itu kerja saya. Kami bahagia tugas masing-masing. Keknis (Hanis) cuci baju, lipat kain dan semualah.

“Saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa,” dedahnya menerusi Instagram Story.

Tangkap layar yang dikongsi Hairul dalam Instagram Story miliknya.

Dalam satu muat naik foto berbeza di Instagram Story, pengarah filem Ada Hantu itu memaparkan keadaan sinki rumahnya yang dipenuhi pinggan mangkuk yang belum dicuci.

Kalau ada helper (pembantu rumah), tidak akan jadi macam ini,” tulisnya berserta emoji ketawa.

Hairul dan Hanis berkahwin pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 4 dan Alisa Aisya, 2.

Sebelum ini, ramai memuji cara pasangan selebriti ini mendidik anak mereka sehingga anak pertama, Yusuf sudah boleh menghafal sifir dua, tiga, lima dan tujuh walaupun baru berusia lima tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI