fbpx

Beberapa unit dan jabatan di Hoshas ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh yang berlaku penularan wabak Covid-19.

TEMERLOH – Beberapa unit dan jabatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh ditutup bermula semalam hingga 20 Jun ini bagi proses sanitasi susulan penularan wabak Covid-19 di hospital berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Bahari Awang Ngah berkata, sehingga kini keadaan hospital terkawal dan masih beroperasi seperti biasa dengan hanya bahagian yang terlibat ditutup.

“Penutupan sementara melibatkan klinik pakar, unit rawatan harian, unit hemodialisis dan jabatan rehabilitasi dilaksanakan bermula daripada 16 hingga 20 Jun bagi kerja-kerja disinfeksi.

“Aktiviti kawalan dan pencegahan telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan hospital yang mana wad terlibat juga telah ditutup sementara untuk kemasukan pesakit baharu bagi melaksanakan aktiviti dekontaminasi,”katanya di sini, hari ini.

Jangkitan yang bermula di wad kenanga 6 di Hoshas itu dikenalpasti berpunca daripada seorang penjaga kepada pesakit di wad berkenaan yang positif Covid-19.

Sehingga 12 Jun lalu seramai 23 orang disahkan positif Covid-19 yang melibatkan sembilan petugas kesihatan, 12 pekerja penjagaan kesihatan dan dua penjaga pesakit manakala dua individu meninggal dunia termasuk pesakit yang dijaga oleh penjaga yang positif.

Menurut Bahari pesakit yang memerlukan rawatan di unit Hoshas yang ditutup akan dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan yang terdekat.

Dalam pada itu beliau memberitahu penularan jangkitan di hospital berkenaan berlaku di wad biasa dan bukannya di wad yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI