fbpx

Bangkai kapal berusia ratusan tahun ditemui di perairan Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh daripada ISEAS-Institut Yusof Ishak edaran semalam menunjukkan seorang penyelam memegang seramik yang ditemui dari sebuah bangkai kapal dekat Pulau Batu Puteh. - AFP

SINGAPURA – Bangkai kapal berusia 200 tahun sarat dengan seramik dan artifak lain ditemui di perairan Singapura dalam penemuan yang jarang-jarang berlaku, kata sekumpulan ahli arkeologi semalam.

Negara pulau itu sudah lama menjadi hab perdagangan utama  laluan perkapalan global yang menghubungkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan.

Bangkai kapal itu ditemui dekat Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh, demikian menurut Lembaga Warisan Nasional dan Institut Yusof Ishak- ISEAS yang bekerjasama dalam projek tersebut.

 


                    ANTARA artifak yang ditemui oleh penyelam Singapura. – AFP

Bangkai kapal pertama ditemui selepas beberapa penyelam secara tidak sengaja menemui sejumlah pinggang seramik pada 2015. Kapal itu dipercayai membawa seramik China dari kurun ke-14 apabila Singapura dikenali sebagai Temasek

Sesetengah barangan itu serupa dengan artifak  yang ditemui di  Singapura ketika pulau itu menjadi hab perdagangan sebelum ketibaan penjajah British pada 1819.

Ekskavasi  dasar laut di lokasi bangkai kapal pertama membawa kepada penemuan bangkai kedua yang berkemungkinan besar kapal Shah  Munchah. Kapal dagang yang dibina di India itu tenggelam pada 1796 semasa belayar dari China ke India.

Pada kurun ke-13 dan ke-14 China diperintah oleh Dinasti Yuan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI