fbpx

Batal punca kematian Nora Anne sebab nahas, ganti keputusan terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prosiding keputusan Nora Anne oleh Mahkamah Tinggi Seremban dijalankan secara penstriman langsung dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh hari ini.

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini memutuskan kematian remaja perempuan Perancis-Ireland, Nora Anne Quoirin dua tahun lalu bukan disebabkan peristiwa malang atau nahas (misadventure).

Hakim, Azizul Azmi Adnan sebaliknya membatalkan keputusan Koroner berkaitan punca kematian remaja itu pada 2019 dan  menggantikan kepada keputusan terbuka.

Azizul Azmi ketika membuat rumusan berkaitan kes tersebut berkata, setelah membuat penelitian mahkamah mendapati Koroner Maimoonah Aid telah membuat kesilapan setelah memutuskan bahawa kematian Nora Anne disebabkan ‘misadventure’ setelah tiada bukti untuk menyokong keputusan lain.

Beliau berkata, Koroner Maimoonah Aid sebelum ini telah menjalankan tugasnya dengan baik namun telah keliru untuk menetapkan keputusan itu sebagai ‘misadventure’.

“Pada pandangan saya, tidak mungkin Nora Anne telah keluar dari Sora House sendirian atau pergi ke kawasan yang mencabar dan di sekitar lokasi itu sendiri, selain mengelak dikesan selama enam hari tempoh pencarian sebelum mayatnya ditemui.

“Adalah mustahil bagi Nora Anne yang mempunyai daya keseimbangan dan koordinasi yang lemah selain sukar berjalan untuk menempuh perjalanan ke lokasi kejadian dengan keadaan fizikalnya itu,” katanya ketika membacakan keputusan itu hari ini.

Prosiding keputusan Nora Anne oleh Mahkamah Tinggi itu dijalankan secara penstriman langsung dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh 3.0.

Pada 4 Januari 2021 lalu, Maimoonah yang mengendalikan prosiding inkues kematian Nora Anne merumuskan kematian remaja itu adalah akibat ‘misadventure’ dan tiada penglibatan mana-mana individu dalam kematian itu.

Jelas Azizul Azmi, seseorang harus menyeberangi aliran sungai berbatu dan melalui cerun yang curam untuk sampai ke lokasi mayat Nora Amne ditemui dan perkara itu pasti sukar dilakukan gadis itu.

“Secara emosionalnya, Nora Anne sentiasa bersama ibu bapanya, dia juga tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali, dengan fakta-fakta ini membuktikan bahawa tidak mungkin Nora Anne keluar sendirian.

“Oleh itu, saya mengemukakan keputusan terbuka dan keputusan ‘misadventure’ dikembalikan kepada pihak koroner,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI