fbpx

Rusia hidupkan peluang selepas menang tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan kejayaan Rusia menewaskan Finland 1-0 pada aksi kedua Kumpulan B, Euro 2020 di Stadium Krestovsky, Saint Petersburg sebentar tadi. - AFP

SAINT PETERSBURG – Rusia kembali menarik nafas lega apabila meraih kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan B apabila berjaya menewaskan pasukan Finland 1-0 di Stadium Krestovsky sebentar tadi.

Sebelum ini, laluan Rusia dalam kempen Euro 2020 tampak goyah apabila tewas 0-3 kepada pasukan ranking No. 1 dunia, Belgium sekali gus tekad mencari kemenangan untuk memastikan peluang mereka ke peringkat kali mati kembali terbuka.

Pada perlawanan tersebut, Rusia sedikit cemas apabila Finland hampir membuka jaringan seawal minit ketiga, namun tandukan Joel Pohjanpalo dibatalkan selepas dikesan ofsaid menerusi bantuan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pada awal saingan itu, Finland dilihat pasukan lebih baik berbanding Rusia apabila menguasai sebahagian besar permainan selain banyak menguji kecekapan penjaga gol lawan, Matvei Safonov.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Rusia terus meningkatkan tempo permainan dengan melancarkan serangan balas ke arah pintu gol Finland.

Tindakan itu dianggap berjaya apabila Rusia membuka gol pembukaan pada penghujung separuh masa pertama menerusi penyerang sensasi Atlanta, Aleksei Miranchuk pada minit ke-45+2.

Bersambung babak kedua, Rusia terus memperkemaskan jentera serangan dan melakukan asakan bertali arus ke pintu gol Finland, namun rembatan Rifat Zhemaletdinov sedikit tersasar.

Penyerang berbisa Finland, Teemu Pukki dilihat cuba mengulangi magis terbaiknya selaku mesin gol, namun beberapa percubaannya ke gawang gol Rusia untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila dikeluarkan pada minit ke-75.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun terus melancarkan serangan pada lima minit masa tambahan yang diberikan, namun kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI