fbpx

Anak peneroka kini usahawan tani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamilah (kanan) bersama Md Jamil (tengah) dan adiknya, Md. Noor menunjukkan tanaman sengkuang di Kota Tinggi, baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga, namun peristiwa pahit itu tidak mematahkan semangat seorang ibu tunggal di Felda Lok Heng Timur di sini untuk berjaya meskipun terpaksa bergelumang dengan tanah.

Ibu kepada dua anak, Jamilah Md. Jamil, 37, berkata, dia bersyukur hasil sokongan ahli keluarganya kini tanah hampir 40.469 hektar diusahakan untuk tanaman kontan antaranya sayur bendi, sengkuang, pokok pisang dan serai.

Katanya, kebun di tanah Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) diusahakan bersama bapa, Md. Jamil Yahya, 60, dan adik-beradiknya itu mula dibangunkan pada tahun 2018.

“Selepas bercerai saya nekad untuk buktikan bahawa saya boleh berjaya walaupun melalui pengalaman tragis sehingga pernah menjadi mangsa pemiutang dibuat bekas suami.

“Pada awalnya memang agak kekok apabila terpaksa bekerja di bawah matahari terik bermain dengan tanah, malah ada yang mempertikaikan kudrat saya sebagai seorang wanita,” katanya di sini baru-baru ini.

Jamilah berkata, pengalaman bekerja di sebuah syarikat berkaitan pertanian dijadikan panduan sehingga berjaya mengeks­port sayur bendi ke Singapura.

Jelasnya, sepanjang empat tahun dalam bidang pertanian antara cabaran besar pernah dilalui ialah ketika pokok sengkuang ditanam di atas tanah seluas 4.047 hektar rosak.

“Sememangnya saya sangat kecewa, namun sebagai petani kita tidak boleh terlalu lama bersedih dan perlu bangkit segera mencari solusi untuk mengeluarkan hasil seterusnya,” jelasnya.

Jamilah memberitahu, dia juga telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan yang berminat dengan tanaman sengkuang.

“Kebanyakan pasaran kami adalah dalam Johor juga sekitar kawasan felda. Meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan syukur kerana kami tidak terjejas,” katanya.

Jamilah juga disenaraikan sebagai usahawan jutawan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) atas usahanya dalam bidang pertanian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI