fbpx

Hasil laut Pulau Pinang cecah 15,776.7 tan dalam 5 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (kiri) ketika meninjau aktivit pendaratan ikan di Kompleks LKIM, Batu Maung di Bayan Lepas hari ini. - MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN

BALIK PULAU – Bekalan ikan di negeri ini dijangka mencukupi bagi menampung permintaan penduduk berdasarkan hasil laut yang mencecah kira-kira 15,776.7 tan sepanjang tahun ini sehingga Mei lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, angka berkenaan merupakan jumlah pendaratan ikan di kompleks dan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di seluruh negeri ini bagi tempoh lima bulan membabitkan nilai RM53.5 juta.

Beliau berkata, pendaratan ikan di Kompleks LKIM Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini pada bagi tempoh sama pula mencecah 2,883.1 tan yang nilai kira-kira RM20.5 juta.

“Bekalan ikan adalah mencukupi terutama di Pulau Pinang.

“Bagi pendaratan ikan di seluruh negara pula, sebanyak 41,364.8 tan dengan nilai RM164 juta juga pada tempoh yang sama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan di sekitar pelabuhan dan kompleks LKIM Batu Maung serta mengadakan tinjauan aktiviti pendaratan ikan.

Lawatan itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Norlela Ariffin; Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Noraishah Abu Bakar dan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Mahadi Md. Rodzi.

Dalam perkembangan berbeza, Che Abdullah turut menyerahkan sumbangan 2,550 kilogram ikan segar dan ikan segar beku bernilai RM36,000 kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Bayan Lepas.

Ikan-ikan berkenaan adalah bagi diagihkan kepada penduduk di sekitar 13 lokaliti Bayan Lepas, Mukim 12 dan daerah Barat Daya yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula 4 Jun lalu sehingga esok.

Beliau berkata, bekalan ikan segar itu disumbangkan oleh empat Persatuan Nelayan Kawasan dan Unit Nelayan Kawasan Teluk Kumbar dalam tempoh empat hari bermula Isnin lalu.

“Sumbangan juga diberikan kepada petugas barisan hadapan sebagai menghargai pengorbanan mereka yang bertungkus lumus membantu mengekang penularan Covid-19,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI