fbpx

PKPD Cameron Highlands: Harga sayur naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (tengah) melakukan pemantauan harga sayur di beberapa pasar awam dan pasar raya di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Dua jenis sayur, tomato dan timun Jepun dikesan mengalami kenaikan harga antara 15  hingga 30 peratus menerusi pemeriksaan yang dijalankan di beberapa pasar awam dan pasar raya, di sini hari ini.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, hanya dua jenis sayur itu sahaja mengalami kenaikan harga ketara manakala sayur-sayuran lain kekal stabil.

Beliau berkata, kenaikan harga itu berlaku disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Cameron Highlands ketika ini.

“Pemantauan hari ini adalah untuk melihat harga bagi jenis-jenis sayur dihasilkan pekebun-pekebun di Cameron Highlands seperti tomato, timun Jepun, cili, kobis, kacang buncis, capsicum dan salad.

“Pemantauan di sebuah pasaran di sini juga mendapati harga semua jenis sayuran masih lagi stabil seperti harga sebelum ini tanpa sebarang kenaikan yang ketara,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, maklumat harga yang direkodkan oleh Bahagian Harga Barang Negara (BHBN) KPDNHEP pula mendapati, kenaikan harga bagi beberapa jenis sayuran dikesan di peringkat nasional dengan harga tomato meningkat 8.33 peratus, sawi (2.91), timun (2.08), kubis bulat tempatan (2.73), Kailan (2.37), kangkung (2.29), brokoli (2.27) dan capsicum (2.07).

“Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku gangguan bekalan sayur-sayuran tertentu ekoran pelaksanaan PKPD di Cameron Highlands,” katanya.

Peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1), Akta Kawalan Harga dan
Antipencatutan (AKHAP) 2011 jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM500,000. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI