fbpx

Malam Wartawan Malaysia 2021 tangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Malam Wartawan Malaysia 2021 (MWM 2021) anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang dirancang pada 20 Ogos depan ditangguhkan berikutan pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya berkata, majlis penyerahan cek dalam kalangan penaja dan penyumbang MWM 2021 yang dijadual pada 8 Julai juga ditunda kepada satu tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.

“Keputusan berat itu terpaksa diambil kerana semasa fasa kedua Pelan Pemulihan Negara selama dua bulan pada Julai dan Ogos 2021, kerajaan masih menutup sektor sosial yang melarang penganjuran pelbagai kegiatan sosial membabitkan kehadiran ramai seperti penganjuran MWM 2021.

“Tarikh-tarikh baharu bagi penganjuran majlis penyerahan cek para penyumbang MWM 2021 dan MWM akan diputuskan dalam masa terdekat setelah Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan butiran terperinci mengenai penganjuran pelbagai kegiatan sosial yang dibenarkan selepas fasa kedua Pelan Pemulihan Negara berakhir pada Ogos 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chamil berkata, MPI akur dengan keputusan kerajaan demi memastikan jangkitan wabak Covid-19 yang masih mengganas sekarang dapat dikawal dan rantaiannya berupaya diputuskan.

“Kami berharap MWM 2021 bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia 2020 (HKM 2020) tajaan Petronas akan dapat diadakan pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara selepas bulan September 2021 apabila kerajaan dijangka mula membenarkan penganjuran majlis sosial,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI