fbpx

Waris pesakit Covid-19 disaran mohon bantuan ‘one off’ Nadma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Azhan (dua dari kiri) ketika mengadakan lawatan ke PKRC Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyarankan waris dan ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19 untuk memohon bantuan secara sekali bayaran (one-off) daripada agensi tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) Nadma, Mohamad Azhan Md. Amir berkata, waris mangsa perlu memohon segera dalam usaha pihaknya menyalurkan bantuan yang disediakan pihak kerajaan.

“Setakat ini, bayaran secara one-off itu kini telah disalurkan kepada 558 pemohon dengan jumlah sebanyak RM 2.79 juta.

“Oleh itu, kita harap lebih ramai waris untuk memohon bantuan itu memandangkan jumlah kematian sejak akhir-akhir ini bertambah sehingga mencapai hingga 4,000 kematian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini hari ini.

Tambahnya, menurut Mohamad Azhan, bantuan itu telah bermula sejak tahun lalu dan beliau berharap waris atau ahli keluarga segera membuat permohonan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI