fbpx

Kereta terbenam angkara jalan berlubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Wira yang terjatuh di dalam lubang akibat mendapan di Jalan Lampam, Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor hari ini.

PASIR GUDANG – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kereta Proton Wira yang dipandunya terbenam ke dalam sebuah lubang akibat mendapan jalan raya di Jalan Lampam, Tanjung Puteri Resort di sini hari ini.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8 pagi itu.

Insiden itu turut mengakibatkan kawasan Kampung Pasir Putih, di sini terputus bekalan air selama kira-kira empat jam.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, pihak Ranhill SAJ Sdn. Bhd. kini berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja pembaikan dengan segera.

“MBPG telah meminta SAJ membaiki kembali paip serta membuat turapan di laluan berkenaan pada hari ini juga.

“Hal ini kerana laluan itu merupakan laluan utama yang menghubungkan beberapa kawasan di Pasir Gudang.

“Selain itu, kita turut meminta bantuan syarikat konsesi untuk sentiasa bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan sekiranya diperlukan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Tambah Asman Shah, kerja membaiki paip air yang pecah dijangka akan dapat disiapkan hari ini manakala kerja penurapan jalan akan dilakukan kontraktor pada esok.- K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI