fbpx

119 gelandangan di Kuala Lumpur terima dos pertama vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 119 gelandangan di Kuala Lumpur sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 setakat ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, gelandangan yang berpusat di Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumupur itu akan melengkapkan suntikan vaksin dos kedua esok.

Menurutnya, kesemua mereka telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 27 Mei lalu.

“Selain itu, kami baharu sahaja selesai menjalankan ujian saringan Covid-19 bagi 133 orang gelandangan menerusi Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah.

“Kumpulan gelandangan ini dijadualkan akan menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama pada 22 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, kumpulan gelandangan diberikan vaksinasi Covid-19 awal, memandangkan mereka sering terdedah kepada jangkitan dan jika dibiarkan berkeliaran tanpa perlindungan boleh menyebabkan risiko penyebaran wabak yang tinggi.

Annuar berkata, program vaksinasi dos kedua akan diberikan kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur melalui Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI