fbpx

Lapan DUN terlibat saringan Covid-19 fasa ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Ujian saringan komuniti Covid-19 fasa ketiga akan dilaksnakan secara percuma melibatkan lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Sabtu ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berikutan DUN itu mencatatkan peratusan positif lebih lima peratus semasa saringan fasa kedua sebelum ini.

Katanya, DUN itu melibatkan Seri Setia, Taman Medan,Sungai Tua, Gombak Setia,Taman Templer, Kajang, Hulu Kelang dan Bukit Antarabangsa.

Lapan DUN terlibat dan lokasi ujian saringan Covid-19 fasa ketiga.

“Selain ujian saringan, ‘Home Assessment Kit’ juga akan dibekalkan untuk kes-kes positif Covid-19 bagi tempoh kuarantin di rumah.

“Mereka hanya perlu mendaftar dengan aplikasi SELangkah, tekan butang Sihat dan pilih Pendaftaran Saringan atau layari https://screening.selangkah.my/login,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, kerajaan negeri baru-baru ini menyatakan komitmen untuk meneruskan Ujian Saringan Komuniti Covid-19 Fasa Ketiga menerusi pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0.

Menerusi pelaksanaan itu, Amirudin dipetik menyasarkan 100,000 saringan di seluruh negeri.

“Fasa Ketiga akan berasaskan dua strategi berdasarkan dapatan Fasa Pertama dan Fasa Kedua, iaitu penumpuan kepada kawasan hotspot kes Covid-19 dan kawasan industri serta kilang,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI