fbpx

Mayat lelaki terputus dua terjatuh dari kondominium tingkat 26

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui di aras enam sebuh kondominium di Bayan Lepas pagi tadi.

GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terputus dua selepas dipercayai terjatuh dari koridor tangga di tingkat 26 sebuah kondominium di Bayan Lepas di sini kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Mayat lelaki yang belum dikenalpasti identiti itu dijumpai seorang tukang cuci bangunan semasa dia dikatakan sedang membersihkan kawasan taman di aras enam perumahan berkenaan.

Pekerja lelaki itu dikatakan tergamam sebaik melihat keadaan mangsa yang terputus dua dari bahagian kepala ke pinggang manakala pinggang ke kaki dipercayai terkena tembok batu besar di situ.

Kematian lelaki tersebut telah disahkan oleh pasukan Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.

Difahamkan, polis turut menemui selipar dipercayai milik lelaki tersebut berdekatan tangga, lokasi dia dipercayai terjatuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal, ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI