fbpx

Muip peruntuk RM114,300 bantu komuniti Lorong Wong Ah Jang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Asmadi Abdul Rahman (kiri) mengagihkan sarapan pagi kepada komuniti Lorong Wong Ah Jang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Komuniti Lorong Wong Ah Jang yang terletak di kawasan yang terkenal dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral di tengah bandar raya Kuantan tidak terkecuali daripada menerima bantuan.

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menyediakan peruntukan sebanyak RM144,300 bagi membantu komuniti di kawasan itu yang turut terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, peruntukan berkenaan disediakan sejak lima bulan tahun ini yang melibatkan pelbagai bantuan seperti sumbangan makanan, peralatan memasak dan sebagainya.

“Komuniti Lorong Wong Ah Jang amat memerlukan bantuan terutama apabila mereka tidak dapat bekerja sepanjang PKP, ramai dalam kalangan mereka terputus bekalan makanan disebabkan tidak ada pendapatan.

“Kita perlu membantu komuniti berkenaan kerana mereka sedang dalam kesempitan hidup, dalam masa yang sama sewa bilik perlu dibayar dan keluarga perlukan makanan setiap hari,”kataya selepas mengagihkan sarapan pagi kepada komuniti Lorong Wong Ah Jang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Asmadi berkata, untuk mendekatkan komuniti berkenaan dengan ajaran Islam pihaknya menyediakan surau di bangunan kedai termasuk kemudahan tandas dan tempat mengambil wuduk.

Jelasnya semua kemudahan yang diberikan bertujuan untuk memastikan komuniti berkenaan tidak terus terbabit dalam aktiviti tidak bermoral seterusnya kembali ke pangkal jalan secara ikhlas.

“Kita ingin melihat mereka bertaubat dan insaf dengan perbuatan lalu seterusnya dapat mendalami ilmu agama dan solat di surau sambil belajar membaca al-Quran dengan tenaga pengajar disediakan.

“Tumpuan didikan agama turut diberikan kepada golongan kanak-kanak generasi kedua komuniti di situ dan kita akan terus melakukan pemantauan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI