fbpx

Lelaki lari daripada polis direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi suspek (kiri) untuk mendapatkan tempoh reman di Mahkamah Seksyen dan Majistret Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dipercayai tokan dadah yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dan merempuh seorang pejalan kaki hingga maut semalam direman selama enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, siasatan kes tersebut juga akan dijalankan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

“Keputusan ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atasnya semalam juga didapati positif methamphetamine dan amphetamine (AMP),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga masih menunggu keputusan bedah siasat ke atas mayat mangsa iaitu lelaki warga emas berusia 61 tahun yang dijangka dijalankan hari ini.

Terdahulu, suspek yang beralamat di Jalan Kampung Melayu, Ayer Itam di sini itu diberkas polis selepas memecut sebuah kereta sejauh kira-kira 8 kilometer sebelum di tahan di kawasan perumahan di Batu Uban selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis kira-kira pukul 6.40 pagi.

Susulan penahanan suspek, polis turut menemui tiga peket dadah jenis heroin AB dengan anggaran berat 13 gram ketika pemeriksaan badan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI