fbpx

Bas bawa pekerja melebihi kapasiti, majikan dikompaun RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas yang membawa pekerja warga Bangladesh itu telah ditahan di Jalan Tun H S Lee pukul 7.30 pagi, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang majikan dikompaun RM10,000 kerana membenarkan 34 pekerjanya menaiki bas melebihi kapasiti yang ditetapkan sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bas yang membawa 34 pekerja tapak binaan warga Bangladesh itu telah ditahan di Jalan Tun H S Lee pukul 7.30 pagi.

“Berdasarkan SOP PKP yang ditetapkan, semua pengangkutan awam hanya dibenarkan membawa 50 peratus jumlah penumpang daripada kapasiti penuh kenderaan itu.

“Dalam kes ini, kapasiti dalam bas terbabit adalah 44 penumpang. Bagaimanapun, kita dapati majikan telah membenarkan 34 penumpang atau 77 peratus daripada jumlah kapasiti dibenarkan.

“Sepatutnya hanya 22 penumpang yang dibenarkan dalam kes ini. Jadi, ia menjadi satu kesalahan pelanggaran SOP PKP,” ujarnya ketika ditemui di Balai Polis Tun H S Lee, di sini hari ini.

Berikutan itu, jelas beliau, pihaknya mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada majikan serta RM2,000 kepada pemandu bas tempatan yang berusia 40 an itu.

“Kita tidak nafikan masih terdapat segelintir majikan yang degil dan enggan mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan pihak berkuasa, mungkin mereka beranggapan boleh mengelak daripada tindakan pihak berkuasa,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI