fbpx

Langgar SOP : 227 kompaun dikeluarkan di PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Task Force SOP PKP Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson telah mengeluarkan 227 kompaun di lapangan, SJR dan Snap Check sekitar Port Dickson.

PORT DICKSON – Sebanyak 227 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak polis di sekitar Port Dickson kepada individu dan premis yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua kompaun tersebut dikeluarkan oleh 21 pasukan Task Force SOP PKP Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson bermula 1 hingga 14 Jun lalu.

“Sejumlah 204 kompaun telah dikeluarkan di lapangan meliputi pelbagai kesalahan, manakala 23 kompaun lagi dikeluarkan di sekatan jalan raya (SJR) dan juga ‘Snap Check’ di sekitar daerah Port Dickson termasuk pantai-pantai awam.

“Antara kesalahan yang sering dijumpai semasa pemeriksaan adalah gagal memakai pelitup muka, tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan juga merentas tanpa surat kebenaran rentas daripada pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jelas Aidi Sham, nilai kompaun bagi setiap satu kesalahan pelanggaran SOP PKP ini adalah di antara RM1,500 sehingga RM25,000 bergantung kepada kesalahan.

“Pihak polis akan terus menjalankan operasi pematuhan dengan lebih ketat khususnya di dalam daerah Port Dickson bagi mengekang penularan Covid-19 sepanjang tempoh PKP 3.0 yang telah disambung bermula semalam 15 Jun hingga 28 Jun depan,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI