fbpx

Israel kembali serang Semenanjung Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LETUPAN menerangi langit malam di Gaza ketika tentera Israel melancarkan serangan udara semalam. - AFP

GAZA – Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, demikian menurut beberapa laporan sekali gus serangan pertama selepas kerajaan campuran baharu memerintah  Israel.

Serangan udara itu tercetus hanya beberapa minggu selepas konflik 11 hari antara kedua-dua belah pihak berakhir.

Bunyi  letupan kedengaran di berbilang lokasi di Gaza sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) hari ini, demikian menurut laporan agensi berita AFP dan Reuters, manakala sebuah stesen radio pergerakan Hamas menyatakan, serangan udara itu menyasarkan sebuah kem latihan pejuang Palestin.

Tentera Rejim Zionis tidak mengesahkan serangan udara tersebut dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya. 

Beberapa laporan yang belum disahkan turut menyebut bahawa serangan berlaku di sekitar Khan Younis di Gaza. 

Serangan udara baharu itu dilancarkan sebagai membalas gelombang serangan belon api ke selatan Israel dari beberapa lokasi di Gaza.

Serangan belon api itu dikatakan mencetuskan sekurang-kurangnya 20 kejadian kebakaran.

Belon api itu dilepaskan semasa  kira-kira 1,000 penduduk Yahudi berarak di Kota Lama Baitulmuqaddis semalam sempena menyambut kemenangan Rejim Zionis menakluki Baitulmuqaddis Timur dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Perarakan penuh kontroversi itu mendapat tentangan rakyat Palestin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI