fbpx

Juara dunia Perancis menang sebab ‘ihsan’ gol sendiri Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MATS Hummels (kiri) yang cuba menendang keluar bola daripada gawang, namun sebaliknya menerjah jaring sebagai gol sendiri ketika menyaksikan Jerman tewas 0-1 kepada Perancis dalam saingan Kumpulan F, Euro 2020 di Alliance Arena, Munich sebentar tadi. - AFP

MUNICH – Juara Piala Dunia 2018, Perancis memulakan kempen Euro 2020 dengan langkah kanan menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Jerman pada aksi Kumpulan F di Allianz Arena sebentar tadi.

Bagaimanapun, ia langsung tidak mencerminkan keupayaan Les Blues yang terpaksa mengharapkan jaringan sendiri daripada pemain pertahanan Jerman, Mats Hummels untuk meraih kemenangan tersebut.

Hummels muncul pemain ketiga menjaringkan gol sendiri pada kempen Euro kali ini selepas cubaannya mengeluarkan hantaran lintang daripada bek kiri Perancis, Lucas Hernandez menerjah ke dalam gawang sendiri pada minit ke-20.

Hasrat Perancis untuk meraih gol kedua tidak kesampaian apabila jaringan Kylian Mbappe pada minit ke-66 dibatalkan selepas penyerang Paris Saint-Germain itu didapati berada dalam kedudukan ofsaid.

Skuad bimbingan Didier Deschamps itu sekali lagi berdepan nasib malang apabila giliran Karim Benzema pula menyaksikan jaringannya dibatalkan selepas itu kerana Mbappe sekali lagi berada dalam kedudukan ofsaid.

Biarpun kemenangan tetap menjadi milik Perancis, namun prestasi dipamerkan Les Blues masih tidak boleh dibanggakan apabila sekadar memegang 38 peratus penguasaan permainan berbanding Jerman.

Bukan itu sahaja, Perancis juga sekadar berupaya melakukan satu sahaja percubaan tepat daripada keseluruhan berbanding 10 yang diperoleh Jerman sepanjang aksi tersebut.

Begitupun, kemenangan itu menyaksikan Perancis berpeluang mengesahkan tempat ke peringkat seterusnya sekiranya berjaya menewaskan Hungary pada aksi kedua, 19 Jun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI