PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 kembali merekodkan tiga digit dengan 101 kes, menjadikan jumlah kes kematian terkini sebanyak 4,069 kes.
Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, angka kes harian pula melaporkan sebanyak 5,419 kes dengan enam daripadanya kes import, manakala sebanyak 667,876 kes positif Covid-19 dicatatkan.
“Dalam masa sama, sebanyak 70,112 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 termasuk 922 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 450 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Terdapat 6,831 kes sembuh hari ini dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 593,695 kes,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE