fbpx

10 kawasan kena PKPD, 1 dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak sepuluh kawasan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini sehingga 30 Jun hadapan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan berkenaan ialah dua perkampungan di Bahagian Kuching, Sarawak iaitu Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas, dua lokaliti di Kalabakan, Sabah iaitu Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai.

Kawasan lain yang dikenakan PKPD adalah dua lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah; Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil di Kota Kinabali, dan Kampung Taun Gusi Peninting, Kota Belud, Sabah.

“Keputusan itu dibuat bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

“Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) juga mendapati kes telah mula menular dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, kerajaan turut bersetuju melaksanakan PKPD di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Ehsan, Kudat, Sabah bermula Khamis ini manakala PKPD di Kampung Simpangan, Tuaran Subah yang sepatutnya tamat esok juga dilanjutkan sehingga 30 Jun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI