fbpx

Seludup 2.72 tan daum ketum dalam kotak mi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan daun ketum sebanyak 2.72 tan yang dirampas di dalam sebuah lori di SJR Batu 6, Jeli semalam.

JELI – Taktik seorang pemandu lori yang cuba menyeludup sebanyak 2.72 tan daun ketum di dalam kotak mi segera di ruangan belakang kenderaan dipandunya tidak berhasil apabila dia ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Batu 6, Batu Melintang di sini semalam.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada pukul 2.05 petang malah dia turut didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan surat kebenaran rentas negeri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, sewaktu suspek tiba di SJR itu, polis mendapati lori yang dipandunya penuh dengan muatan kotak-kotak mi segera.

Katanya, pemeriksaan mendapati, kotak-kotak itu sangat ringan seperti tidak mengandungi bungkusan mi segera.

“Curiga dengan muatan itu, polis telah melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menjumpai daun-daun ketum diikat dibungkus dengan plastik yang diletakkan di dalam kotak mi segera.

“Siasatan mendapati, berat keseluruhan daun ketum itu dianggarkan mencecah 2.72 tan dengan nilai pasaran RM 27,200. Berdasarkan keterangan suspek, daun-daun itu dibawa dari negeri Kedah untuk dijual di pasaran di sekitar Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhar di Dewan Terbuka, Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli di sini hari ini.

Menurut Ahmad, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Dalam satu lagi kejadian di SJR sama kira-kira pukul 1 petang, Ahmad berkata, polis menahan sebuah lori muatan ais yang membawa muatan 41 bungkusan berisi daun ketum seberat 410 kilogram daun ketum bernilai RM4,100.

Katanya, polis turut menahan pemandu dan kelindan lori terbabit yang masing-masing berusia 35 dan 29 tahun.

“Hasil ujian saringan mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Pemandu berusia 35 tahun mempunyai satu rekod lampau bersabit dadah manakala kelindannya pula empat rekod lampau bersabit dadah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI